Sunday, November 22, 2009

I'm Getting Older & Wiser

Setiap orang ada kecantikan mereka yang tersendiri. Macam mana sekalipun rupa kau, tetap ada cantiknya.


Memang sebelum ni aku pernah kata aku tak kisah kalau nak dibanding-bandingkan dengan manusia yang sebegitu sebegini. Kalau dibaca dan difahami semula, aku tak kutuk pun kata manusia yang macam ini, tak cantik ataupun aku lebih cantik kalau nak dibandingkan dengan orang itu atau ini.

Fikir.


Pernah jumpa orang berkulit putih gebu macam Minah Salleh, tapi berhidung kemek? Mereka masih cantikkan?
Pernah jumpa orang yang berisi dan ketinggiannya sederhana? Bagi aku, golongan ni yang paling comel.

Ada je, perempuan yang pendek dan agak berisi menjadi manusia yang terkenal. Tengok je Wanita Pertama kita. Dia pun takdelah tinggi mana. Kecil je berbanding suami dia. Tapi, orang tetap hormat dia, sanjung dia atas sebab-sebab yang tersendiri.


Ada juga perempuan yang tak berhidung mancung tapi masih menjadi manusia yang paling disanjungi dunia. Tak semua orang dilahirkan dengan hidung mancung. Ahli keluarga aku sendiri ada yang berhidung kemek.

So, what?


Everyone has their own beauty. Depends on how they bring themselves.

Kadang-kadang, berhidung mancung dan cantik bagaikan bidadari pun tak guna kalau tak pandai nak jaga tingkah laku.


Dan kadang-kadang juga, orang yang berketinggian sederhana ni lebih menarik perhatian lelaki berbanding perempuan yang tinggi lampai. Sesetengah lelaki tak sukakan perempuan yang tinggi. Ada sesetengah lelaki juga tak suka perempuan yang kurus melidi macam aku ni.

Setelah difikirkan semula, aku tertanya juga. Kenapa manusia yang tak aku sebutkan namanya dalam blog aku ni sangat terasa dengan luahan aku? Kamonlah wei. Who the hell you think you are that makes me spend my fucking time stalking you? Kalau kau supermodel terkenal ke, pakar komputer terkenal dunia ke bolehlah aku nak stalk kau. Tapi kau bukan sesiapa pun bagi aku.


Aku pun ada buruknya. Kau ingat aku ni sempurna ke?


Takpelah. Mengenangkan aku nak teruskan hidup aku dan malas nak fikir pasal kau, aku maafkan semua yang dah berlaku. Dan minta maaf andai tulisan(?) aku ni mengganggu ketenangan hidup kau. Aku taknak kau stalk aku, ambil tahu hal aku dan aku pun taknak stalk kau. Buang masa dan tenaga. Apa yang akan terjadi antara kau dengan lelaki tu, itu bukan lagi hal aku. Life lelaki tu bukan hak aku. haha. So, all the best girl!


Aku nak mulakan kehidupan baru aku. Aku nak capai cita-cita aku. Aku nak enjoy!

Sunday, November 01, 2009

psikopatik (betul ke ejaan nih?)

Blog @ Notes tempat aku meluahkan perasaan. Tempat aku mencurahkan semua rasa ketidakpuasan aku tentang dunia kerja, dunia peribadi dan mungkin juga dunia.

Kalau dengan membaca tulisan(?) aku akan buat kau terasa, sakit hati tu hal kau. Berhenti baca, berhenti mengenali aku dan berhenti mengambil tahu hal aku. Suka hati aku nak taip apa, nak cerita apa dalam blog aku. Dan aku tak pernah mention name kau dalam blog aku. Jangankan nama kau, nama boyfriend aku pun aku tukar. Nama ahli keluarga aku pun aku tukar. So, kau nak terasa lebih kenapa? Nampak sangatlah kau buat salah. Kan? I don't give a damn! I don't need your respects as I didn't even want to respect you. Aku tak mati kalau tak kawan dengan kau. Aku tak mati kalau tak kenal kau. Hanya sebab kerja kau dah terjamin, hidup selesa, gaji lebat, kau nak aku hormat kau? Bila bercakap, pandang aku bukan pandang kerusi meja. Okei? Tu tanda takut.

Pasal penampilan fizikal tu, aku minta maaf. Bukan nak kutuk cuma macam yang aku kata, nak bandingkan aku dengan sesiapa pun aku tak kisah. Serius aku tak kisah.

Lagipun apa yang aku sound tu, benda yang dah lepas. Kalau betul kau dah takde apa-apa, jangan dilayan lagi gangguan tu. Tapi kau layan. Dia telefon kau, kau layan. Lepas tu kau mengadu kat aku ketidakpuasan hati kau. Kenapa tak cakap depan-depan je yang kau tak suka dia ganggu kau? Kenapa kena guna aku? Sebab aku kenal dengan orang tu? Kamonlah. Kau pun cakap belakang-belakang, nak suruh aku sound direct? Janganlah wei.

Kata aku tak matang sebab lelaki nak gaduh sesama perempuan? Kamonlah. Ada aku serang kau depan-depan? Kalau aku nak gaduh sebab lelaki, dah lama aku pergi serang kau. Aku ganggu hidup kau macam mana aku buat pada mereka-mereka yang sebelum ni. Kau ingat aku ni BODOH sangat ke nak gaduh sebab lelaki? Kau ingat dalam otak aku ada seorang je lelaki dalam dunia ni yang aku nak pertahankan sangat? Kalau dah takde jodoh, takkan aku nak paksa pula. Dan kau. Kalau kau matang sangat, kenapa masih tergedik-gedik perangai macam budak-budak baru habis SPM? Tak sama? Sekurang-kurangnya, aku tak ganggu privasi hidup kau dengan gangguan SMS, panggilan mahupun email. Dan aku boleh buat kalau aku nak. Lagipun, kalau kau matang sangat kenapa kau pakai tudung pergi kerja, tapi kat luar kau pakai seksi? Tu maknanya, kau pun tak matang. Orang yang matang takkan buat macam tu. Kau nak orang hormat kau sebab pakai tudung, tutup semua pergi kerja tapi kalau bos-bos kau terserempak dengan kau kat luar dengan kau free-hair, pakai seksi tak ke itu menunjukkan yang kau sendiri tak hormat diri kau sendiri? Tak payah nak cakap besar macam kau bagus sangat. Tak payah nak tunjuk yang kau matang hanya sebab kau dah move-on. Kamonla. Kau ingat aku kemaruk sangat dengan kehidupan kau? Tak faedahnya pun untuk aku stalk kehidupan kau dan buruk-burukkan kau.

Kau taknak orang terus cakap belakang pasal kau. Kau taknak nama kau diburukkan sebab gosip liar. Tapi perangai kau yang asyik melayan orang yang digosipkan dengan kau tu menunjukkan kau suka. Konon sampai berubat sebab macam dah terkena mandrem orang tu. Kalau betul kau dah takde pape, kenapa harus & wajib kau melayan setiap panggilan dia? Kau pun sama juga TAK MATANG.

Aku faham kalau kau bersikap curi-curi ni sebab taknak rosakkan persahabatan sesama manusia. Tapi kalau kau tak suka dengan sikap dia, beritahu dia. Selagi kau asyik melayan, dan tak beritahu dia apa perasaan kau, selagi tu dia akan mengganggu kau. Faham? Takkan itu pun takleh fikir? Kau kan matang. Patut dah boleh fikir apa yang kau patut buat. Ini tidak. Senyap je. Mana dia nak tahu yang kau tak suka kat dia.

Lagi satu, aku tak harapkan kau untuk hormat aku dan anggap aku macam kakak kau. Aku tak kisah kalau kau taknak kawan dengan aku sebab aku tak rugi apa-apa. Lagipun aku hadir atas jemputan orang. Kalau aku tak kenal kau dan rakan-rakan pun, aku masih boleh hidup.

Ya, aku memang psiko. So what??? Ada aku kisah?

Thursday, October 29, 2009

Budak Pemalas


Aku memang suka Google nama sendiri, nama kawan-kawan, musuh-musuh dan juga nickname masa gedik dan gatal. Tak sangka lak aku boleh jumpa blog nih.

Terkejut gak sebab selama ni yang aku jumpa cuma perkataan budak dan pemalas dalam mana-mana blog. Tak sangka pula ada juga blog budak pemalas. Okei. Aku taktahu nak kata apa. Cuma aku nak kata, harap-harap takde yang pening kepala kalau nak Google blog aku terjumpa blog orang lain. Lagipun nama aku dalam senarai ke berapa entah. Sangat kasihan. haha.

Okei da. Chow.

Saturday, October 17, 2009

Persidangan Pelawak Antarabangsa

Apa yang aku nak ceritakan ni takde kena mengena langsung dengan tajuk. Lantaklah.

Aku sebenarnya masih tak faham dengan tindakan sesetengah manusia ni yang dah ada kekaseh, masih mencari kekaseh orang lain untuk diadu domba. Why? Kalau kau ada masalah dengan kekaseh kau, jangan cari lelaki lain yakni kekaseh orang lain untuk kau adukan nasib kau yang tak mendapat layanan sewajarnya dari kekaseh kau. Adakah dengan tindakan kau begitu akan buat kekaseh kau lebih memahami keadaan kau?

Kadang-kadang sampai melayan kekaseh orang lebih lama dari melayan kekaseh sendiri pada waktu tengah malam untuk apa? Berbual kosong setiap malam hampir sejam setiap kali perbualan? Pergh, banyak tu cerita yang ingin diceritakan.

Apa guna kekaseh kalau kau berselisih faham dengan kekaseh tapi kau luahkan ketidakpuasan hati kau pada kekaseh orang lain? Masalah takkan selesai macam tu. Sampai bila-bila pun takkan selesai kalau kau tak berterus terang dengan kekaseh kau yang kau tak suka dia buat itu ini yang pada mata kau sangat menyakitkan hati.

Mungkin ini tak dikategorikan curang tapi fikirkan kesan jangka panjang. Kalau asyik2 kekaseh orang je jadi pendengar masalah kau, tak mustahil nanti akan jatuh cinta pula. Well, aku dah pernah buat macam ni. Dari just sembang-sembang biasa takde perasaan akhirnya ada perasaan lak pada pendengar masalah aku tu. Tapi aku cepat-cepat tutup hati aku sebab aku taknak kacau kekaseh orang lain. Lagipun aku tahu sisterhood rules. Jangan ganggu boyfriend@suami orang lain kalau taknak boyfriend@suami kau kena rampas.

Jangan salahkan kekaseh berlaku curang kalau kau sendiri tak pernah fikirkan perasaan kekaseh bila kau berbual mesra dengan orang lain lebih dari kekaseh sendiri. Jangan salahkan kekaseh tidak jujur kalau kau sendiri tidak pernah jujur dalam perhubungan.

Satu lagi, tak payah la bagi alasan sibuk banyak kerja bila kau sebenarnya tak sesibuk mana dan banyak masa untuk berbual, ber-YM dengan orang lain. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.

What comes around, goes around.

Think bout it. Think twice before you act.


Saturday, October 03, 2009

Kau Dan Aku


Kau dan aku ,adalah satu
Tak kira apa
Segala rintihan aku ,engkau selalu ada
Biar kata memisah kita
Biarkan saja
Kerana terbiasa

Mengejar mimpi ,yang pasti akan aku
Sentiasa merasa kehilanganmu
Ku akan tunggu saat bertemu
Tiada henti
Walau dimana kita berdiri
Di dalam dunia ini
Biar sampai akhirnya nanti

Semua tak terang di mataku ,walau warnanya menyala
Ingin merasa namun aku takkan cuba
Biar kata memisah kita
Biarkan saja
Kerana terbiasa

Mengejar mimpi ,yang pasti akan aku
Sentiasa merasa kehilanganmu
Ku akan tunggu saat bertemu
Tiada henti
Walau dimana kita berdiri
Di dalam dunia ini
Biar sampai akhirnya nanti

Rahsia di Kedai Kopi

BANYAK cara sebenarnya untuk 'membaca' seseorang sama ada dia seorang yang baik, jujur atau sebenarnya seorang pembohong. Seseorang yang gemar berbohong, biasanya sudah mempersiapkan pelbagai cerita sebelum berjumpa dengan orang yang akan ditemuinya.

Namun, dalam hal tertentu seperti menjawab pertanyaan atau membuat pengakuan spontan, reaksi manusia berbohong sebenarnya boleh kita kenal pasti.

Berikut adalah tip-tip cara mengenali seseorang yang sedang berbohong:

Nada suara

Biasanya dari intonasi vokalnya, anda akan tahu apakah perkataannya benar atau tidak. Sebagai sahabat atau pasangan, anda mungkin sudah mengenali bagaimana karakter seseorang itu melalui suaranya ketika memberi penjelasan.

Enggan berjumpa

Apabila anda mengajaknya keluar untuk bertemu, pasti dia akan banyak memberi alasan. Dengan tiba-tiba, tingkah lakunya berubah tanpa diduga. Mungkin kerana merasa bersalah, pembohong tidak suka berdekatan dengan orang yang dibohonginya.

Menyentuh hidung

Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ia membesar. Fenomena itu juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila si dia bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya.

Menutup mulut

Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi, kita sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya.

Gagap

Apabila seseorang yang bercakap lancar tiba-tiba menjadi gagap, itu merupakan tanda-tanda bahawa dia sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya, tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan itu disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut sedang berbohong.

Pergerakan mata

Orang yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu, sekiranya kerlipan mata berkurangan daripada kadar biasa, itu mungkin tanda berbohong.

Ada juga keadaan yang mana sekiranya mata seseorang tiba-tiba mengerdip dengan banyak, itu merupakan tanda-tanda kemungkinan bahawa dia sedang berbohong. Kerlipan mata yang normal tidak menunjukkan dirinya berbohong.

Melengah-lengahkan jawapan

Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta.

Resah

Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk tatkala berhadapan dengan sesuatu soalan, kemungkinan itu merupakan seseorang sedang berbohong.




p/s: siapa makan cili, dia terasa pedasnya.

*sumber: Kosmo Online*

Tuesday, September 29, 2009

Bila Cinta Mula Berputik; Tak Tidur Malam Mengenang~

Hampir 6 tahun berkawan, akhirnya keluarga aku dan keluarga Enche' Kekaseh bertemu dan berkenalan pada raya keempat baru-baru ni.

Memandangkan kami dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari arah utara, tidak salah rasanya singgah di Taiping. Dengan plan yang cukup baik, menggunakan kuasa Ibu Enche' Kekaseh mempelawa kami melalui Ibu aku. hehe.

Serius, takut juga nak bawa Boss dan Mem singgah ke Taiping. Dengan Boss tiba-tiba buat keputusan taknak singgah bila kereta sudah meluncur laju melepasi tol Juru padahal pihak keluarga sana dah pun menyiapkan juadah untuk santapan tetamu. Mungkin pertemuan yang tak sampai berapa jam tu takleh nak dijangkakan apa fikiran mereka. Tapi syukur, Mem dan Boss tak kata apa-apa yang tidak menyenangkan. Perasaan seram sejuk nak kenalkan Mem dan Boss pada mak abah Enche' Kekaseh macam nak kenalkan Enche' Kekaseh buat pertama kali pada Mem dan Boss.

Aku pun ingat-ingat lupa jalan ke arah rumah Enche' Kekaseh, jadi minta tolong Enche' Kekaseh datang menjemput di tol Kamunting. Kalau nak harapkan aku cari jalan sendiri, memang sah la takkan sampai dengan cepat. hehe.

Pertemuan 2 keluarga yang dah lama dirancang tapi tak pernah ada kesempatan untuk bertemu digunakan untuk berbual mesra. Nasiblah takde siapa buat perangai pelik. Dijamu dengan mihun sup dan sambal yang menyelerakan cukup menambat hati keluarga. hehe. Syukur sangat.

Ingatkan dah nak ditunangkan tapi tak jadi lak. Haha. Takdelah. Mana ada buat semua tu. Takde buat perbincangan yang serius pun. Saja nak melawak.

Kebetulan juga, agaknya seperti yang aku agak keluarga kami pasti ada hubungan kimia, mereka berkawan dengan orang yang sama. Nak dijadikan cerita, kawan lama Boss ketika zaman bujang dulu tinggal berdekatan dengan keluarga Enche' Kekaseh. ;) Sempatlah mereka bertemu dan berbual panjang mengenang kisah lama.

Dalam perjalanan pulang ke KL, Mem tegur. Kata keluarga Enche' Kekaseh baik. Dan kalau boleh mahu kami disatukan secepat mungkin. Nasib juga Mem sangat memahami keadaan Enche' Kekaseh yang baru memulakan kerjaya bersama kerajaan. Tapi Mem kata, paling lambat pun akhir 2011. InsyaAllah, Mak. ;)

Doakan hubungan ni terus kekal sehingga ke akhir hayat kami, ya?

Amin~

Kemahuan & Keperluan

*1;
Seingat aku, sejak telefon bimbit berpenggera dicipta dan semakin senang dimiliki, tak pernah walau sekalipun aku meminta orang belikan untuk aku. Serius! Kalau ada, tolong betulkan ingatan aku.

Kalau tak silap, aku mula memiliki henpon yang memang dibeli dengan duit sendiri masa umur aku 19tahun. Sebelum tu pinjam henpon mak. Dan sejak dari itu, aku tak pernah merengek, merayu minta orang belikan henpon untuk aku walaupun mungkin henpon aku dah rosak ataupun dah hilang. Aku akan berusaha dapatkan duit sendiri dan beli daripada minta orang belikan sebab perasaan beli sendiri dengan pemberian orang tu lain.

Bila kita beriya-iya simpan duit untuk dapatkan barang yang kita paling inginkan, mestilah kita jaga betul-betul. Kita jaga dengan penuh kasih sayang. Jangankan nak bagi kawan pinjam atau pegang, nak bagi kawan tengok pun rasa ralat. Lain pula kalau benda tu orang lain yang belikan. Rasa tanggungjawab tu kurang sebab tau, kalau hilang atau rosak kita boleh minta orang lain pula tolong belikan.

Sebelum ni, aku teringin nak pakai henpon SE K810i. Aku simpan duit dan beli walaupun pada musim henpon tu bukan lagi kegilaan. Aku manusia jenis yang bila dah minat dengan satu-satu benda, aku berusaha untuk dapatkan benda tu walaupun lepas benda tu dah out-of-date sebab yang nak pakai aku, bukannya korang. Lagipun pakai henpon canggih-canggih nak buat apa?

*2;
Dan seingat aku juga, aku tak pernah mengikut perkembangan fesyen terkini yang hot. Fesyen aku sejak dari dulu adalah fesyen yang selesa untuk aku bergerak dan tidak sama dengan orang lain. Diulangi, tidak memakai baju yang SAMA dipakai oleh orang lain. Aku sanggup simpan baju yang dijumpai sama dipakai orang lain daripada memakainya lagi. Serius!

Aku perasan fesyen baju kotak-kotak yang sekarang ni menjadi kegilaan. I've wear it way too long before indie music so famous nowadays. Kalau aku panggil korang poseurs, korang marah. But, this is the truth. You are a fashion victims. You wear what people wear just to feel you fit with everyone but the real thing is, you know nothing about that particular fashion or style. Jangan pakai sesuatu jenis fesyen itu hanya sebab trend. Fashion is an all-time trend. Benda yang sama diulang pakai. Jadi, pakai jelah apa pun fesyen yang kau suka janji kau selesa. Biarlah orang nak kata aku old-fashion or what but this is who I am. I won't wear high heels to shopping mall when all the time was wasted with walking. Sakit kaki tau. Kita keluar untuk bersenang, melepaskan tekanan tapi kalau tekanan dilepaskan pada tumit kaki, takde gunanya wei.

Please don't blame me for being totally blunt.

*3;
Sejak dari kecil, aku dah diajar untuk menyimpan duit. Masa sekolah rendah dulu, roller-blade tengah hot. Nak minta Abah belikan, memang sangatlah segan dan takut. Ya, Abah aku sangat garang. Jadi, untuk mendapatkan roller-blade yang tengah hot di pasaran tu, terpaksalah aku menyatu duit belanja aku. Nak dapatkan seratus masa tu, macam nak simpan untuk seribu. Ya, roller-blade masa tu agak mahal.

Bila dah terlebih cukup duit yang dikumpul, terus ajak Abah ke kedai untuk dapatkan sepasang kasut beroda yang menjadi idaman. Seronok sangat. Dan sekarang, aku tak tahu mana kasut beroda aku tu. *senyum*

Itu jelah kot bebelan budak pemalas malam ni.

Chalo~

Friday, September 25, 2009

Whose That Pokemon?

Tahun ni beraya di kampung keluarga Boss di Padang Sera, Kedah. Kalau ikutkan hampir 2 tahun tak balik sana. Banyak juga perubahan yang berlaku. Rumah Paklang sekarang layak dipanggil banglo kerana ada 8 bilik. Hebat!

Bergerak dari Kolumpur pada pagi Sabtu, jam 0815. 4jam kemudian berhenti di hentian Ladang Bikam. 2jam kemudian, baru sampai R&R Bukit Gantang. Dan 2jam yang seterusnya sampai di Sungai Petani. Lebih tepat, rumah Pakngah. Singgah regangkan otot yang sudah kekejangan dan berbuka puasa. Letih, beb! Bayangkanlah 8jam dalam kereta masih belum sampai lokasi yang sepatutnya. Sepanjang perjalanan pun aku asyik simbah muka dengan air. Memang dah tahap macam nak berbuka, minum air dan makan tapi mengenangkan dalam kereta bukan hanya ada adik-adik malah Boss, terpaksalah tahankan saja. hahaha. Perjalanan ke Jitra pula ambil masa sejam setengah berpandukan keadaan pemanduan. haha~

Sampai rumah Chu di Jitra dalam pukul 11malam, memang tak tunggu lama. Terus tido tanpa mandi ataupun menukar pakaian yang dipakai sejak pagi. Pagi raya, bangun pukul 10. Memang konpemlah tak pergi sembahyang raya.

Beraya ke rumah saudara mara sekitar Jitra dan Kodiang. Makan itu ini. Memang buat perot terkejut. Penutup malam raya pertama, muntah-muntah. Semua makanan yang dimakan sejak dari pagi berjaya dikeluarkan tanpa perlu disuruh. haha.

Raya kedua, mendapat pengkhabaran menantu menakan masuk hospital sakit nak bersalin. Oh, tidak! Sudah membayangkan diri sendiri dipanggil toklang oleh cucu menakan. Okei, abaikan.

Raya ketiga, makan sate bersama sebilangan ahli kumpulang samseng Padang Sera. Gila ah! Susah dapat peluang berkumpul sanak saudara macam malam tu.

Raya keempat, pulang ke ibukota. Dalam perjalanan, singgah di rumah Enche' Kekaseh untuk beraya dan berkenalan. Sampai Kolumpur jam 2245. Letih!

4hari beraya dalam kereta kalau nak diikutkan. haha.

Raya kelima, balik kampung keluarga Mem Besar di Temerloh, Pahang. Dalam keadaan aku yang selesema, memang tak mampu nak memandu. Jadi stereng kereta telah diserahkan dalam tanggungjawab Dyod dan Boss. haha.

Sebenarnya, saja nak kemaskini blog. Lapar!

Thursday, September 17, 2009

20 September 2009 (20/09/2009)

Cantikkan tarikh tu?

Pada tarikh tu, kita semua umat Islam akan menyambut kedatangan 1 Syawal. Kalau orang lain sibuk nak tarikh 09/09/09 yang bagi aku takdelah menarik pun. Serius! Apa signifikannya beriya dengan tarikh semua sembilan tu?
(saja nak peningkan kepala.)

Pada tarikh keramat tu 24tahun yang lalu, lahir seorang anak bernama Mimie Suhana. Selamat Panjang Umur, Sayang. Okei, aku bukan les tapi sayang sesama manusia. :)

Semoga kamu-kamu semua yang bercuti sakan sempena raya ni sentiasa beringat. Dalam bergembira, jangan lupa jaga kesihatan. Jangan makan sakan sangat macam esok dah tak boleh nak makan.

Buat kamu-kamu yang akan beraya jauh dari ibukota, selamat dalam perjalanan pergi dan pulang. Jangan berlumba-lumba di lebuhraya. Jangan pentingkan diri sendiri.

Aku? InsyaAllah kalau tiada apa-apa masalah akan bergerak ke Kodiang, Kedah esok selepas waktu kerja. Mungkin berbuka di tengah jalan atau di R&R terdekat ataupun berbuka dalam kereta saja. Mungkin akan berada di sana untuk seminggu. Best! Inilah nikmat bergelar pelajar. haha. Cuti panjang tak payah nak minta bos luluskan permohonan cuti.

Kalau nak datang beraya di rumah, khabarkan. Seperti tahun-tahun sebelum ni, aku tak buat rumah terbuka. Malas nak masak beriya untuk kamu-kamu tapi kamu-kamu tak datang (last minute SMS kata ada hal.) Dah biasa semua tu.

Buat Mohd Seth bin Yusof a.k.a Enche' Kekaseh, Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin. Minta maaf andai ada terkasar bahasa, tersentuh, tertegur, tercuit, tersinggung, menyinggung dan ter-ter yang sewaktu dengannya lagi. Maaf andai tak sedar menyakiti hati kamu. InsyaAllah kalau Mem Besar dan Bos tak kisah akan singgah di Taiping untuk beraya sama kamu. :) Nanti akanku khabarkan kalau jadi.

Buat teman-teman yang mengenali, selamat hari raya. Jangan enjoy sakan sangat. Ingat orang tersayang.